"PASTI KAMI AKAN MENGUJI KALIAN DENGAN SESUATU KETAKUTAN DAN KELAPARAN SERTA KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR" ~Al-Baqarah:155~

Dalam kehidupan ini seseorang tidak akan terlepas dari keadaan senang dan sedih. Senang bila dapat kurnia nikmat dan susah bila ditimpa musibah. Permasalahannya, bagaimana kita dapat menguasai diri pada saat kita dihadapkan dengan musibah. Dan datangnya musibah itu sesuatu tidak bisa dihindari. Seperti dalam ayat di atas, ada macam-macam musibah.

Mulai dari rasa takut kerana ancaman pihak lain atau kerana kelaparan kerana susahnya memperolehi bahan makanan, sehingga kepada kehilangan harta, jiwa dan pelbagai kepentingan duniawi. ALLAH S.W.T mengajarkan kepada orang beriman apabila tekena musibah agar memperbanyakan sabar dan solat ( Al-Baqarah:153) iaitu tetap sabar menjalankan perintahNYA, sabar dalam meninggalkan laranganNYA dan sabar dalam menerima takdir dan ketentuanNYA. Nabi SAW mencontohkan kepada kita bila ada kesulitan atau musibah hendaklah kita sabar dan solat.
Rasulullah SAW apabila ada kesulitan Baginda solat (HR Abu Dawud)

Demikian pula Baginda mengajarkan umat Islam jika terkena musibah agar berdoa kepada ALLAH SWT seraya berkata
"Ya ALLAH, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah dengan yang lebih baik" (HR Ahmad)

Suatu ketika dulu semasa Ummu Salamah ditimpa musibah dengan kematian suaminya tercinta Abu Salamah. Saat itu Ummu Salamah teringat pesanan Nabi SAW agar berdoa bila ditimpa musibah. Dia pun mengucapkan doa itu:
"Ya ALLAH, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah dengan yang lebih baik"

Selain Ummu Salamah percaya bahawa kata-kata Rasulullah SAW adalah benar iaitu akan digantikan dengan yang terbaik, tapi Ummu Salamah bertanya-tanya "Siapakah yang lebih baik dari suamiku?" Ternyata setelah masa iddahnya habis, Rasulullah SAW meminangnya. Maka Ummu Salamah semakin yakin bahawa ALLAH SWT betul-betul menggantinya dengan yang lebih baik iaitu Rasulullah SAW sendiri.

Semakin seseorang kuat imannya, ujian dan musibah semakin banyak. Kita diajarkan oleh ALLAH SWT agar jika terkena musibah agar kita mengucapkan Inna Lillahi wa inna Ilaihi roji'uun (kita milik ALLAH dan akan kembali kepadaNYA). Sebahagian ulama' saraf berkata: "Segala musibah yang menimpa diri kita, pada hakikatnya ringan, selama musibah itu tidak menyangkut keutuhan agama kita."

Wallahu 'alam.........

0 comments:

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..