Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog saya ini. Kali ini saya membawa kepada kamu semua sebuah kisah yang menarik...iaitu kisah hidup seorang Dai'e masyhur bernama جاد الله القرآني

Harap anda semua terhibur....


PERMULAAN KISAH:


Sebelum 50 puluh tahun yang lalu terdapat seorang syeikh berwarga negara Turki (lingkungan umur 50-an) bernama Ibrahim bekerja di semua kedai runcit di negara Perancis.

Kedai ini terletak di tingkat bawah sebuah apartment yang didiami oleh sebuah keluarga yahudi. Mereka mempunyai seorang anak bernama "Ja'd" yang baru berumur 7 tahun semasa bertemu dengan Pak Cik Ibrahim.

JA'D YANG BERAGAMA YAHUDI......

Ja'd menggunakan kesempatan ini untuk datang ke kedai tersebut untuk membeli barang runcit rumah. Tetapi sebelum dia keluar dari kedai itu, dia akan mengambil (mencuri) chocolate dan beranggapan Pak Cik Ibrahim tidak mengetahui perbuatannya itu,
........
Suatu hari Ja'd lupa untuk mengambil chocolate sebelum meninggalkan kedai. Pak cik Ibrahim memperingatkan Ja'd yang dia lupa mengambil chocolate seperti setiap hari sebelum ini...
Ja'd terkejut apabila dia mengetahui yang pak cik Ibrahim menyedari perbuatannya tiap-tiap hari. Dan Ja'd memohon supaya pak cik Ibrahim memaafkannya dan dia juga berjanji tidak akan mencuri lagi,
........
Pak cik Ibrahim berkata, "Tidak, tapi berjanji kepada aku yang awak tidak akan mencuri apa-apa dalam hidup awak. Dan ambillah sepotong chocolate setiap hari dari kedai ini sebagai hadiah aku kepada awak." Ja'd pun bersetuju dengan gembira.

TAHUN BERLALU..........., dan Pak cik Ibrahim pun menjadi sebagai seorang ayah, ibu dan kawan karib untuk Ja'd, budak Jahudi.

Ketika Ja'd menghadapi masalah, dia datng jumpa Pak cik Ibraim. Dan selepas dia menceritakan masalahnya kepada pak cik Ibraim, beliau mengambil sebuah buku dari lacinya dan menyuruh Ja'd supaya membuka mana-mana halaman. Ja'd pun membuka dan memberikan buku tersebut kepada pak cik Ibrahim. Pak cik Ibrahim pun membaca kedua-dua halaman kanan dan kiri dan menutup buku itu. Selepas itu pak cik Ibrahim pun memberitahu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Ja'd itu. Ja'd pun menggunakan cara tersebut dan selesailah masalahnya dan dia merasa tenang dapat selesaikan masalahnya itu.

BERTAHUN-TAHUN BERLALU..., Ja'd bersama pak cik Ibrahim, seorang berusia tua yang tidak berpendidikan itu.

Selepas 17 tahun Ja'd membesar dan menjadi seorang remaja yang berumur 24 tahun dan Pak cik Ibrahim berusia 67 tahun.

Selepas itu, pak cik Ibrahim pun meninggal. Tetapi sebelum kematiannya, beliau meninggalkan sebuah kotak kepada anak-anaknya dan didalam kotak itu beliau bersertakan buku yang dibuka oleh Ja'd semasa menghadapi masalah. Beliau meminta kepada anak-anak supaya memberikan kotak tersebut kepada Ja'd sebagai hadiah kepadanya selepas kematian beliau.

Ketika Ja'd menyedari akan kematian Pak cik Ibrahim, dia berasa terlalu sedih.....kerana beliaulah satu-satunya orang yang membantunya daripada 'api' masalah. Anak pak cik Ibrahim pun serahkan kotak tersebut kepada Ja'd dan mengatakan kepadanya bahawa ayah dia meninggalkan kotak ini kepada Ja'd sebagai hadiah daripada beliau.


AKAN BERSAMBUNG.....
PART 2 : JA'D SELEPAS BEBERAPA HARI.....


(harumankasturi88)

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..