Segala puji terhadap Ilahi kerana mengizinkan saya untuk menus lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pandangan para muhayidin.... Anda semua bertanya-tanya siapa itu para muhayidi... Mari saya memperkenalkan serba sedikit tentang mereka.
Muhayidin adalah satu kalimat bahasa arab yang membawa maksud para penulis menulis bahan bacaan yang menulis artikal-artikan tentang kebenaran al-Quran dan Islam. Mereka juga mungkin terdiri daripada tokoh-tokoh barat yang bukan beragama Islam.
Saya bukan mahu 'mengempenkan' para muhayidin tersebut, tetapi mahu berkongsi pandangan yang mereka mengemukakan supaya itu dapat menambahkan iman kita dan memperapatkan kita kepada Pencipta Agung. Mari kita sama-sama memerhatikan dan menghayati pandangan hasil penulisan mereka itu.
Pandangan Andrian Brockett:
Created by
Muhammad Syazwan al-Mesry
Andrian Brockett dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the Quran berkata,
"Perkembangan Quran selepas kewafatan Muhammad adalah statik tidak organik. (Maksudnya) Quran hanya mempunyai satu teks sahaja yang tidak boleh ditokok tambah walaupun sedikit oleh sesiapa."
Pandangan Sir William Muir:
Dalam Life of Mohamet bahagian Introduction Sir William Muir berkata,
"Besar kemungkinan tidak ada satu kitab pun di dunia ini yang mampu bertahan seperti Quran selama 12 abad (sekarang sudah lebih 14 abad - Penulis) dalam keadaan keasliannya tetap masih utuh terpelihara."
Pandangan Profesor Laura Veccia Veglieri:
Profesor ini di dalam bukunya Apologia dell Islamismo berpendapat,
"Satu lagi bukti yang menunjukkan Quran sebenarnya datang daripada Tuhan adalah kesucian teksnya yang tidak pernah tercemar abad-berabad hinggahlah ke hari ini dan saya yakin sampai ke bila-bila."
Pandangan Profesor Keith L. Moore:
Dr. Keith L. Moore adalah seorang profesor dalam bidang Anatomi dari Universiti Toronto. Beliau pernah dianugerahkan J.C.B. Grant Award pada tahun 1984 dan menulis lebih kurang 150 artikal dalam bidang anatomi dan embriologi. Dalam pendahuluan bukunya yang bertajuk The Developing Huma: Clinically Oriented Embryology (Third Edition), beliau berkata,
"Selama tiga tahun saya bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Universiti Abdul Aziz, Jeddah, bagi membantu mereka menginterpretasikan ayat-ayat Quran dan hadis yang berkaitan dengan kejadian manusia dan embrio di dalam rahim. Saya kagum dengan ketepatan ayat-ayat (Quran) yang diturunkan pada abad ke-7 Masihi ini dibandingkan penemuan-penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud. Selama ini saya tidak pernah tahu isi-isi yang terdapat dalam Quran dan sunah."
Pandangan Dr. Gary Miller:
Dr. Gary Miller adalah seorang pakar Matematik disamping itu seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris. Selepas membaca terjemahan quran itu beliau memeluk agama Islam. Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata,
"Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran adalah sebuah kitab tua yang datang daripada padang pasir Arab dan merumur lebih kurang 14 abad. Justeru itu mereka menjangkakan isis-isisnya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banya bercerita berkenaan padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari, ia tidak seperti itu. Quran dapat dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini adalah suatu konsep yang memerlukan bukti. Sekiranya seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak mempedulikannya melainkan apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan yang ia benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran, justeru itu Quran adalah sebuah kitab yang benar."
Pandangan-pandangan yang saya kemukakan ini semua orang mengetahui, mala setiap hari kita mendengar. Saya disini bukan hanya mahu menyampaikan kata-kata Tokoh-tokoh Barat berkenaan Quran itu. Tetapi apa yang saya tujukan adalah sejauh manakah pegangan kita kepada Quran yang Agung itu. Adakah kita antara orang yang mengatakan ia dari padang pasir dan berumur ataupun mengakui kesucian dan keagungan Kalam ALLAH yang hebat itu....
Sama-samalah kita fikirkan...
Wallahu 'alam....
0 comments:
Post a Comment