Segala puji terhadap Ilahi kerana mengizinkan saya untuk menus lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pandangan para muhayidin.... Anda semua bertanya-tanya siapa itu para muhayidi... Mari saya memperkenalkan serba sedikit tentang mereka.

Muhayidin adalah satu kalimat bahasa arab yang membawa maksud para penulis menulis bahan bacaan yang menulis artikal-artikan tentang kebenaran al-Quran dan Islam. Mereka juga mungkin terdiri daripada tokoh-tokoh barat yang bukan beragama Islam.

Saya bukan mahu 'mengempenkan' para muhayidin tersebut, tetapi mahu berkongsi pandangan yang mereka mengemukakan supaya itu dapat menambahkan iman kita dan memperapatkan kita kepada Pencipta Agung. Mari kita sama-sama memerhatikan dan menghayati pandangan hasil penulisan mereka itu.

Pandangan Andrian Brockett:


Andrian Brockett dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the Quran berkata,
"Perkembangan Quran selepas kewafatan Muhammad adalah statik tidak organik. (Maksudnya) Quran hanya mempunyai satu teks sahaja yang tidak boleh ditokok tambah walaupun sedikit oleh sesiapa."
Pandangan Sir William Muir:
Dalam Life of Mohamet bahagian Introduction Sir William Muir berkata,
"Besar kemungkinan tidak ada satu kitab pun di dunia ini yang mampu bertahan seperti Quran selama 12 abad (sekarang sudah lebih 14 abad - Penulis) dalam keadaan keasliannya tetap masih utuh terpelihara."
Pandangan Profesor Laura Veccia Veglieri:
Profesor ini di dalam bukunya Apologia dell Islamismo berpendapat,
"Satu lagi bukti yang menunjukkan Quran sebenarnya datang daripada Tuhan adalah kesucian teksnya yang tidak pernah tercemar abad-berabad hinggahlah ke hari ini dan saya yakin sampai ke bila-bila."
Pandangan Profesor Keith L. Moore:
Dr. Keith L. Moore adalah seorang profesor dalam bidang Anatomi dari Universiti Toronto. Beliau pernah dianugerahkan J.C.B. Grant Award pada tahun 1984 dan menulis lebih kurang 150 artikal dalam bidang anatomi dan embriologi. Dalam pendahuluan bukunya yang bertajuk The Developing Huma: Clinically Oriented Embryology (Third Edition), beliau berkata,
"Selama tiga tahun saya bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Universiti Abdul Aziz, Jeddah, bagi membantu mereka menginterpretasikan ayat-ayat Quran dan hadis yang berkaitan dengan kejadian manusia dan embrio di dalam rahim. Saya kagum dengan ketepatan ayat-ayat (Quran) yang diturunkan pada abad ke-7 Masihi ini dibandingkan penemuan-penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud. Selama ini saya tidak pernah tahu isi-isi yang terdapat dalam Quran dan sunah."
Pandangan Dr. Gary Miller:
Dr. Gary Miller adalah seorang pakar Matematik disamping itu seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris. Selepas membaca terjemahan quran itu beliau memeluk agama Islam. Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata,
"Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran adalah sebuah kitab tua yang datang daripada padang pasir Arab dan merumur lebih kurang 14 abad. Justeru itu mereka menjangkakan isis-isisnya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banya bercerita berkenaan padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari, ia tidak seperti itu. Quran dapat dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini adalah suatu konsep yang memerlukan bukti. Sekiranya seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak mempedulikannya melainkan apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan yang ia benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran, justeru itu Quran adalah sebuah kitab yang benar."
Pandangan-pandangan yang saya kemukakan ini semua orang mengetahui, mala setiap hari kita mendengar. Saya disini bukan hanya mahu menyampaikan kata-kata Tokoh-tokoh Barat berkenaan Quran itu. Tetapi apa yang saya tujukan adalah sejauh manakah pegangan kita kepada Quran yang Agung itu. Adakah kita antara orang yang mengatakan ia dari padang pasir dan berumur ataupun mengakui kesucian dan keagungan Kalam ALLAH yang hebat itu....
Sama-samalah kita fikirkan...
Wallahu 'alam....

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua terlebih dahulu.Kali ini saya nk berkongsi tentang teman. Secara dasarnya teman dapat diBAHAGIKAN kepada empat. Iaitu teman itu seperti udara, seperti makanan, seperti ubat, dan juga seperti arak. Kelakar tak bahagikan sahabat kita seperti berikut..? Tetapi itulah hakikatnya. Mari kita berbincang serba sedikit tentang jenis-jenis kawan tadi...

Yang pertama teman anda bagaikan udara. Kita semua mengetahui udara adara asas kehidupan manusia. Jikalau tiada udara maka tak hiduplah seorang pun di atas muka bumi ini. Bayangkanlah jikalau udara yang kita sedut itu sebenarnya tercemar. Adakah kita dapat hidup dengan sihat sejahtera. Begitulah teman kita yang dipilih perlulah memberi kehidupan kepada kita bukan merampas 'kesejahteraan' yang kita miliki..

Teman jenis kedua bagaikan makanan. Makanan memberi kekuatan kepada badan selain itu membentuk tubuh yang gagah. Itupun bergantung kepada jenis pengambilan makanan itu. Penganbilan makanan yang berlebihan akan memudaratkan badan. Banyak makan, maka banyaklah keluar dari badan (maksud saya cirit-biritlah). Begitulah kawan kita. Biar kawan yang kita pilih itu melazatkan seperti makanan yang kita makan. Dan janganlah dia memudaratkan kita seperti keracunan makanan.

Sahabat ketiga bagaikan ubat. Kita sedia dimaklumkan ubat itu adalah penawar yang menyembuhkan penyakit. Walaupun ubat itu pahit sumbangannya terlalu tinggi dalam hayat yang sihat. Kadang-kadang kita rasa 'pahit' je duduk dengan seseorang itu malah, lebih daripada itu. Kita juga lupa mungkin orang itu nak membentuk kita tanpa kita sedari hakikatnya. Kita menjauhkan diri daripada dia yang rasanya kadang-kadang lebih teruk daripada ubat yang pahit. Ingatlah ada ubat menyembuhkan terus penyakit. Dan ada juga ubat yang tidak menyembuhkan penyakit secara terus tetapi ia menstabilkan badan dan mengurangkan risiko penyakit. Begitu sesetengah kawan yang kita perolehi. Walaupun rasa pahit bersamanya dia memberikan kebaikkan kepada kita dan menyucikan (melarang) daripada kesalahan dan dosa.

Dan yang akhir sekali, dia seperti arak yang memabuhkan. Teman inilah yang menjadi pergaulan seseorang daripada teman-teman jenis yang lain. Rasa seronok je bila berrsama dia. Tapi kita lupa yang dia me'mabuh'kan kita daripada mengingati mati mahupun Sang Pencipta. Dia menjadikan kita jauh dari-NYA. Tetapi kita tak sedar hakikatnya... Rasa manis je buat dosa, sembang mahupun lihat benda yang tak ada manfaatnya bersama dia. Ingatlah arak itu memang rasa sedap bila kali pertama mendekatinya tetapi arak yang sama juga menghancurkan kehidupan. Ia merosakan seluruh jasad kita.

Marilah kita sama-sama menilai sahabat-sahabat sekitar kita. Adakah kawan yang kita miliki seperti udara, atau makanan, atau ubat ataupun arak....? Biarlah kawan yang kita pilih dan kita miliki itu menjadi penawar kepada kita yang sentiasa di sisi kita bila kita senang dan juga susah. Biar yang kita miliki itu sentiasa membimbing kita kepada kebaikan dan mengingatkan diri yang penuh dosa ini kepada kasih sayang Sang Pencinta yang Agung lagi yang Esa... Pemilihan teman seperjuangan juga memainkan peranan penting dalam pembentukkan akhlak seseorang yang agung. Jadikan sahabat-sahabat kita itu penawar kepada kita dan kita juga ubat penawaran kepada mereka.



Wallahu 'alam



Hassan al-Banna


Bumi Mesir telah melahirkan ramai tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia dan Islam secara khususnya.

Antara individu-individu lulusan universiti Islam di Mesir ini yang dikenali ramai dalam sumbangannya adalah Hassan Al-Banna yang terkenal sebagai reformis sosial dan politik Mesir serta pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu kumpulan terbesar dan paling berpengaruh dalam penggerak kebangkitan semula agama.

Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.

Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.

Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.

Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam.

Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Gamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.

Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.

Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

Taqiuddin al-Nabhani


Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.

Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.

Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.

Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.

Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Sheikh Ahmad Yassin

Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa,

Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948.

Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat.

Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.

Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel.

Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan.

Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.

Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.




--------------------

Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah...

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..