Doa adalah rayuan kepada ALLAH (Tuhan) untuk penganut Islam. Caranya adalah dengan meletak tangan di hadapan antum dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang, sewaktu makan dan minum, berniat puasa dan sebelum tidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.

Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah.

Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada Allah dan mengharapkan sesuatu dariNya.

Disini ana bukan nak ambil tuition tentang doa... Cuma ana nak kongsi sedikit tentang kelemahan kita dan kebesaran & kekuatan ALLAH s.w.t.

Manusia adalah makhluk yang lemah dan kemampuannya terhad. Dari sini dia berhajat kepada kekuatan yang paling besar yang boleh dijadikan tempat berpaut khususnya ketika menghadapi kesusahan. Para nabi telah menjadikan doa sebangai cara untuk berpaut kepada kekuatan tersebut.

Nabi Nuh a.s berdoa:

"Sesungguhnya aku ini telah dikalahkan, maka tolonglah (aku)." {Al-Qamar:10}

Nabi Lut a.s pula berdoa:

"Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke suatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong2, tentulah aku akan membinasakan kamu) {Hud:80}

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku" {Asy-Syuara':117}


Nabi Ibrahim a.s berdoa:

"Tuhan yang menciptakan daku, maka DIAlah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang DIAlah jua memberiku makan dan memberiku minum. Dan apabila aku sakit, maka DIAlah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (DIAlah) yang mematikan daku, kemudian DIA menghidupkan daku. Dan (DIAlah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari Kiamat. Wahai Tuhanku, berikanlah aku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi syurga Naim. Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia dari orang-orang yang sesat. Dan janganlah ENGKAU hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera." {Asy-Syuara':78-89}

Nabi Ayub a.s berdoa:

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedangkan ENGKAUlah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Nabi Yunus a.s berdoa:

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan ENGKAU! Maha Suci ENGKAU (dari melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri" {Al-Anbiya':83}


Nabi Musa dan Harun a.s berdoa:


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya ENGKAU telah memberikan kepada Fir'aun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan Kami, akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMU (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! binasakanlah harta benda mereka dan kunci matikan hati-hati mereka, maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya." {Yunus:88}*1


Rasulullah s.a.w berdoa:


~~~ketika dihalau dari Thaif Baginda berdoa:


Ya ALLAH! Kepada KAMU aku mengadu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuan bertindakku, dan hinanya aku di mata manusia, Wahai Tuhan yang Maha Penyayang........*2



~~~ketika peperangan Badar Baginda berdoa:



"Ya ALLAH! PertolonganMU yang KAMU janjikan kepadaku...., Ya ALLAH! sekiranya KAMU memusnahkan golongan ini, KAMU tidak akan disembah di bumi ini selepas hari ini."



Begitulah juga keadaan para Daie kepada ALLAH di setiap zaman. Syiar mereka ialah doa, perkataan mereka adalah zikir, dan tempat berlegar mereka ialah istighfar.


Ahli Kahfi telah berdoa:


"Wahai Tuhan kami! kurnialah rahmat dari sisiMU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." {Al-Kahfi:10}


Lelaki mukmin daripada kalangan Keluarga Fir'aun berkata:


"Maka kamu akan ingat kelak apa yang aku katakan kepada kamu dan aku menyerahkan urusanku kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan hamba-hamba-NYA." {Ghafir:44}


Golongan mukmin yang menyertai peperangan Uhud berkata:


"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami serta serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir." {Ali-Imran:147} *3


Para sahabat di dalam peperangan yang diharungilebih mengutamakan doa dan berpegang teguh kepada ALLAH daripada harapan mereka kepada kekuatan dan persiapan yang dimiliki.


Maka marilah kita sama-sama mengangkat kedua-dua tapak tangan dan berdoa supaya doa daripada hamba-NYA yang hina ini, ucapan daripada mulut yang dosa ini dan buji suara daripada badan yang penuh kelemahan ini dapat dimakbulkan ALLAH....


Ya ALLAH! Kami adalah golongan yang lemah, kuatkanlah kami dalam keadaan KAMU redhai kami, bawalah kami kepada kebaikan dan jadikanlah Islam agama yang paling kami redhai. Ameen..





  • *1 Maksud ayat al-Quran mengikut tertib; al-Qamar:10, Hud:88, Syu'ara':117, Syu'ara':78-89, al-Anbiya':83, al-Anbiya':87 dan Yunus:88.
  • *2 Disebutkan oleh Ibnu Hisyam tanpa sanad, al-Haithami menyebut di dalam al-Mujamma'(6/35) daripada Abdullah bin Jaafar dan disanadkan kepada at-Thabrani. Beliau berkata: Dalam sanadnya terdapat Ibnu Ishaq, beliau adalah seorang yang suka menyembunyikan (mudallas) dan perawi lain adalah siqah. Inilah juga yang disebut oleh pengkaji Zadul Maad (3/32)
  • *3 Semua doa tersebut adalah makna firman ALLAH; al-Kahfi:10, Ghafir:44 dan Ali-Imran:147

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..