Kita bertanya kepada diri kita sendiri, berapa banyakkah perinta ALLAH yang telah kita kerjakan…..? Ambil saje contoh sembayang. Buka sembayang sunat tapi fardhu. Apakah sudah diyakini bahawa sembayang yang difardhukan keatas kita, semasa hidup usia sekadar ini,telah sempurna semuanya…..? Jika jawapannya belum sempurna, maka apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Ingat!!!!! Satu fardhu sembayang jika ditinggalkan, maka namanya akan dicatat oleh ALLAH di pintu neraka, sebagai ahli neraka. Demikianlah maksud sebuah hadist.

Dan ingat! andainya seseorang itu, di akhirat kelak, sembayangnya tidak sempurna, tidak cukup, tidak beres, ada yang ditinggalkan, maka semua amalan yang lainnya tidak akan dikira oleh ALLAH subhanahu wata'ala, demikian faham daripada sebuah hadist Rasulullah s.a.w.

"Sembayang itu tiang agama, siapa yang meninggalkan sembayang, maka dia itu meruntuhkan agamanya". Begitulah maksud daripada sebuah hadist Rasulullah s.a.w.

Bahkan di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa orang yang meninggalkan sembayang dengan sebab PERNIAGAANnya maka orang itu akan masuk neraka bersama-sama dengan Ubai bin Khalif. Orang yang meninggalkan sembayangnya dengan sebab KEKAYAANnya, maka dia akan masuk neraka bursama-sama dengan Qarun orang yang meninggalkan sembayangnya dengan sebab PEKERJAAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ke atasnya, maka masuklah dia neraka bersama-sama dengan Haman iaitu menteri kepada Fir'aun. Dan orang meninggalkan sembayangnya dengan sebab urusan KERAJAANnya, maka masuklah neraka bersama-sama dengan Fir'aun.

Begitu sekali beratnya azab kepada mereka yang lalai dan cuai pada menunaikan perintah sembayang itu. Oleh kerana itu awasilah hidup kita sejak melangkah masuk dewasa dan baligh. Umur ysng baligh adalah umur yang sudah termasuk kira sebagai seorang yang telah dipertanggungjawabkan hokum-hukum syari'a keatasnya. Marilah kita sama-samalah melaksanakan dengan sepenuh hati amanat kita terhadap agama yang tersayang dan termulia ini. Sama-samalah kita menghayatinya sehingga nyawa terlekat dalam badan kita…

Wallahu 'alam..

اخوكوم...

0 comments:

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..