Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.


Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.


JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.


Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya,
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunnahnya,
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN,
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA,
MALUlah kamu kerana melupakan UKHUWWAH,
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu..


Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar...!!!

NIKMAT.........NIKMAT.........NIKMAT..............


Inilah perkataan yang selalu kita dengar.. Kita masuk masjid, masuk kuliah, baca kitab, layari Internet sentiasa mendengar dan membaca perkataan ini... Apakah itu sebenarnya nikmat..!?

Kata Saidina Ali r.a:

Diantara tanda kecintaan Allah lagi DIA menurunkan ke bumi ini hanya satu rahmat sahaja daripada 100 rahmatNya dan baki 99 rahmat berada disisiNya. Dengan satu rahmat inilah kesemua makhlukNya dapat merasainya. Pada hari kiamat nanti Allah akan menghimpunkan kembali satu rahmat ini kepada 99 rahmatNya lalu 100 rahmat ini Allah akan berikan kepada hamba-hambaNya pada hari itu. Dikatakan sehinggakan Iblis pada hari itu rasa tercengang-cengang tidak dapat rahmat Allah sekalipun rahmat Allah terlalu banyak.

Wahai sahabat sekalian,

Ingatlah bahawa setiap pemberian itu rahmat daripada ALLAH s.w.t. untuk kita sentiasa bertaubat, bersyukur dan kembali kepadaNYA..Tetapi apa yang kita lakukan....!!!???

Betapa banyak dosa yang kita lakukan..? Betapa banyak maksiat...betapa banyak kesalahan...

Tetapi ALLAH masih lagi menyayangi hamba-hambaNYA yang hina ni...lagi banyak nikmat dan rahmatNYA keatas kita...sampai nak buat perbandingan dengan kasih sayang ibu kita sendiri pun tak mampu nak kita bandingkan....

Ana teringat kepada suatu kisah semasa hidupnya Rasulullah s.a.w bersama para sahabat baginda:


Suatu ketika Nabi saw memperhatikan seorang wanita sedang memeluk anaknya untuk melindunginya daripada terkena panas matahari , lalu Nabi bertanya kepada para
sahabat :"Adakah kamu rasa bahawa ibu itu akan membiarkan anaknya berada dalam kepanasan matahari? Para sahabat menjawab : Tidak wahai Rasulullah , lalu Nabi bersabda : Sesungguhnya ALLAH lebih Penyayang daripada ibu itu yang menyayangi anaknya.

Saidina 'Ali r.a ketika mendengar hadis ini beliau berkata :

"Pada hari kiamat jika ditanya kepada aku adakah engkau mahu bahawa segala hisab amalan engkau dihitung oleh ibu dan bapa engkau niscaya aku akan menjawab tidak mahu kerana ALLAH lebih Pengasih daripada ibubapaku".

Jikalau kita mengira nikmat dan rahmatnya tidak habis dikira.....

Firman ALLAH:

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Mhaperkasa, Mahabijaksana.

Oleh itu, ana 'mengajar' diri ini dan mengajak ikhwah semua supaya kita sentiasa bersyukur keatas nikmatNYA dan taqarrub kepadaNYA...

Dan marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri sebelum mengajak yang lain...

Wallahu 'alam..

Assalamualaikum ana ucapkan kepada antum semua supaya rahmat-NYA melimpah keatas
antum semua setiap hari. InsyaALLAH...
Kali ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentang Jihad. Bila orang beritahu je perkataan "Jihad" ada orang ingat jihat itu adalah perlawan yang dasyat. Contohnya peristiwa2 peperangan yang disertai oleh 'Kekasih' kita semua Muhammad s.a.w, para sahabat baginda dan orang2 mukmin pada masa dahulu.
Mari kita bincang sedikit sebanyak tentang jihat ini...
Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.
Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran.
Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.
PELAKSANAAN JIHAD
Pelaksanaan jihad dapat dirumuskan sebagai berikut:

Pada konteks diri peribadi - berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Komuniti - Berusaha agar Din pada masyarakat sekitar mahupun keluarga tetap tegak dengan dakwah dan membersihkan mereka dari kemusyrikan.
Kedaulatan - Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Jihad ini hanya berlaku pada negara yang menggunakan Din Islam secara menyeluruh (Kaffah).
JIHAD DAN PERANG
Istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad.
Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan
JIHAD DAN KEGANASAN
Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad; Jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya.
Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".(QS 4:75)
Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti Sunnah Rasul tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk penegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul, kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi.
Mereka yang diserang berhak berjihad untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.
Antum semua lebih mengetahui erti sebenar JIHAD ini. Maka 'pelihara'lah jihad itu dengan sebaik-baiknya dan laksanakanlah jihad itu. Mulailah dengan diri atum sendiri sebelum ajak orang lain. Orang lain tidak akan mengikuti kita dengan apa yang kita ucapkan sebaliknya masyarakat akan 'melihat' pada amal kelakuan kita.marilah kita sama2 menegur diri kita sendiri dan memperbetulkannya sebelum orang lain (terutamanya orang kafir) tersalah faham pada agama Islam yang suci lagi terpuji ini..
Innaddina 'indALLAHil Islam..... Wallahu 'alam....

(Cat Stevens - Yusof Islam)
Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”
Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.



Nabi saw menyebut bulan Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Saringan dari tulisan: Risalah fi Ahadith Syahr Allah al-Muharram, al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan.

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak


Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda:


أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل


Maksudnya: “Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”


Nabi saw menyebut bulan Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.


Hadith ini secara jelas menunjukkan kelebihan bulan al-Muharam termasuk kelebihan puasa di dalamnya menduduki tempat yang kedua selepas kelebihan puasa dalam bulan Ramadhan. Kelebihan ini difahami dari sudut kelebihan bulan Muharram untuk dilakukan puasa sunat di dalamnya berbanding bulan-bulan yang lain selepas Ramadhan. Adapun kelebihan berpuasa dari sudut hari-hari, terdapat beberapa hari yang lebih utama berpuasa di dalamnya berbanding hari-hari dalam bulan Muharram seperti puasa pada hari ‘Arafah dan puasa enam hari dalam Syawal.


Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayatNya:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ


Maksudnya: “Sesungunya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (al-Taubah: 36)


Daripada Abi Bakrah daripada Nabi saw:


السنة اثنا عشر شهراً ، منها أربعة حرم : ثلاثة متوالية ، ذو القعدة ، وذو الحجة ، والمحرم ، ورجبُ مُضَرَ الذي بين جمادى وشعبان


Maksudnya: “Satu tahun itu ada dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadil akhir dan Sya’ban.” (al-Bukhari dan Muslim)


Mudhar adalah nama satu kabilah Arab, disandarkan bulan Rejab kepadanya sebagai penerangan untuk menghilangkan kesamaran, ini kerana ada perbezaan antara Bani Mudhar dan Bani Rabi’ah dalam menuntukan kedudukan bulan Rejab, Bani Mudhar meletakkan bulan Rejab antara Jamadil Akhir dan Sya’ban, manakala Bani Rabi’ah menjadikan kedudukan itu untuk bulan Ramadhan. Kerana itu Nabi saw menyandarkan bulan Rejab kepada Mudhar. Dikatakan juga kerana Bani Mudhar membesarkan bulan Rajab ini lebih dari bulan-bulan yang lain berbanding kabilah-kabilah lainnya. Dikatakan juga disebabkan orang-orang Arab menamakan Rejab dan Sya’ban sebagai dua bulan Rejab (الرجبين), ada juga pendapat yang mengatakan Nabi saw menyandarkan Rejab kepada Mudhar disebabkan Jamadilakhir dan Rejab dinamakan sebagai dua bulan Jamadain dan dinamakan Sya’ban sebagai Rejab. (Sila lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi)


Allah swt berfirman:


فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ


Maksudnya: ” maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu ” (al-Taubah: 36) Ini kerana perbuatan menganiayai diri (melakukan dosa) yang dilakukan di dalam empat bulan yang dimuliakan ini lebih berat dan lebih besar dosanya berbanding bulan-bulan yang lain. Qatadah (قتادة) berkata: “Sesungguhnya penganiayaan diri di dalam bulan-bulan haram lebih besar kesalahannya dan dosanya berbanding bulan-bulan yang lain, dalam keadaan penganiayaan diri (melakukan dosa) itu dalam semua keadaan adalah satu kesalahan yang besar, akan tetapi Allah membesarkannya sesuatu dari urusannya apa yang dikehendakinya.” (Tafisr Ibn Kathir)



Apakah Disunnahkan Puasa Muharram Keseluruhannya?


Dari sudut zahir hadith menunjukkan kelebihan puasa Muharram adalah keseluruhannya. Namun sebahagian ulama memahaminya kelebihan keseluruhan bulan Muharram ini sebagai galakan memperbanyakkan puasa dalam bulan Muharram bukan bermaksud berpuasa penuh di dalamnya. Ini berdasarkan perkataan ‘Aisyah r’anha:


ما رأيت رسول الله r استكمل صيام شهر قط إلا رمضان ، وما رأيته في شهر أكثر منه صياماً في شعبان


Maksudnya: “Tidak aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan (penuh) sama-sekali melainkan dalam bulan Ramadhan, dan tidak aku melihat baginda lebih banyak berpuasa dalam satu bulan (tidak berpuasa penuh sebulan) berbanding Sya’ban.” (HR Muslim)


Jangan Lupa Untuk Berpuasa pada Hari 'Asyura (10 Muharram)


Sejarah Puasa ‘Asyura


Daripada ‘Aisyah r.’anha:

كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية ، وكان رسول الله r يصومه في الجاهلية ، فلما قدم المدينة صامه ، وأمر بصيامه ، فلما فُرِضَ رمضان ترك يوم عاشوراء ، فمن شاء صامه ، ومن شاء تركه


Maksudnya: “Ketika Jahiliyyah, orang-orang Quraisy berpuasa pada hari ‘Asyura, demikian juga Rasulullah saw berpuasa pada hari tersebut, apabila baginda berhijrah ke Madinah baginda berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh (orang ramai) berpuasa pada hari ‘Asyura. Apabila difardhukan Ramadhan, baginda meninggalkan (kewajipan) puasa ‘Asyura, siapa yang hendak berpuasa dia berpuasa dan siapa yang tidak mahu dia meninggalkannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Hadith ini menunjukkan orang-orang Jahiliyyah telah sedia membesarkan hari ‘Asyura dengan mereka melaksanakan puasa pada hari tersebut. Demikian juga Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan baginda berterusan berpuasa sehinggalah berlakunya hijrah. Selepas berlakunya hijrah baginda saw ke Madinah, di peringkat awalnya baginda telah mewajibkan puasa pada hari ‘Asyura. Inilah pendapat yang sahih dari dua pendapat ulama berdasarkan arahan Nabi. (Sila lihat Risalah fi Ahadith Syahr Allah al-Muharram, oleh al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan)


‘Aisyah r.’anha berkata:


‏كانوا يصومون عاشوراء قبل أن يفرض رمضان وكان يوما تستر فيه ‏ ‏الكعبة ‏ ‏فلما فرض الله رمضان قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من شاء أن يصومه فليصمه ومن شاء أن يتركه فليتركه


Maksudnya: “Adalah umat Islam dahulunya berpuasa ‘Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka’bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang hendak berpuasa ‘Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Salamah bin al-Aqwa’ (سلمة بن الأكوع) r.a. pula meriwayatkan:


‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بعث ‏ ‏رجلا ‏ ‏ينادي في الناس يوم عاشوراء إن ‏ ‏من أكل فليتم أو فليصم ومن لم يأكل فلا يأكل


Maksudnya: “Bahawasanya Nabi saw telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari ‘Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa).” (HR al-Bukhari)


Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari ‘Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa ‘Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun kesepuluh hijrah Nabi saw berazam untuk berpuasa ‘Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari kesembilan Muharram (التاسوعاء) agar berbeza dengan Ahl al-Kitab yang juga berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.


Kata Ibn ‘Abbas r.a. : “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :


ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه


Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim) Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :


لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)



Galakan Berpuasa Pada Hari ‘Asyura


Abu Qatadah berkata, Nabi saw telah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, baginda bersabda:


يكفر السنة الماضية


Maksudnya: “Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat yang lain:


… وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله


Maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)


Hadith ini menunjukkan kelebihan puasa pada hari ‘Asyura, iaitulah hari yang kesepuluh dalam bulan al-Muharram. Jabir bin Samurah r.a. berkata:


كان رسول الله يأمر بصيام يوم عاشوراء ، ويحثنا عليه ، ويتعاهدنا عليه


Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw mengarahkan puasa hari ‘Asyura dan memberi galakan puasa pada hari tersebut dan bersungguh melakukannya.” (HR Muslim)


Puasa adalah seutama-utama amalan di sisi Allah, puasa sunat sama seperti amalan-amalan sunat lain yang berperanan menampung kebarangkalian adanya kekurangan ketika melakukan perkara-perkara yang fardhu. Nabi saw bersabda (Hadith Qudsi) dalam permasaalahan solat:


قال الرب تبارك وتعالى : انظروا هل لعبدي من تطوع ؟ فَيُكَمَّلُ بها ما انْتَقَصَ من الفريضة ، ثم يكون سائر عمله كذلك


Maksudnya: “Firman Allah tabaraka wa ta’ala: “Lihatlah, apakah bagi hambaku itu ada (pahala) dari amalan sunat ? maka sempurnakanlah dengannya apa yang berkurangan dari amalan fardhunya, kemudian lakukan seperti itu terhadap semua amalannya.” (HR Tirmizi dari Abu Hurairah secara Marfu’, katanya Hadith Hasan)



Maksud Amalan Menghapuskan Dosa


Para ulama berbeza pendapat tentang maksud kelebihan sesuatu amalan soleh yang dapat menghapuskan dosa. Al-Syeikh Abdullah bin Soleh al-Fauzan berkata: “Ketahuilah bahawasanya setiap nas yang menunjukkan sebahagian amalan soleh dapat menghapuskan dosa seperti wudhu, puasa Ramadhan, puasa hari ‘Arafah, puasa ‘Asyura dan selainnya, yang dimaksudkan ialah adalah dosa-dosa kecil. Ini kerana ibadat yang besar seperti solat lima waktu, solat Jumaat dan puasa Ramadhan tidak dapat menghapuskan dosa-dosa besar – sepertimana yang thabith di dalam sunnah - maka bagaimana yang lebih kecil daripada itu ? kerana itu jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat dosa-dosa besar sepeti riba, zina, sihir dan selainnya tidak dapat dihapuskan dosanya dengan amalan-amalan soleh, sebaliknya tidak boleh tidak mesti dengan taubat atau melaksanakan hudud bagi yang berkaitan dengan hukum hudud.” Maka dengan sebab itu, kita amat digalakkan memperbanyakkan taubat pada hari-hari yang memiliki kelebihannya seperti hari ‘Asyura. Ini kerana taubat pada hari-hari yang ada kelebihan memiliki kedudukan yang besar. Disamping itu taubah juga merupakan perkara yang wajib ke atas setiap dosa dan melewat-lewatkannya adalah satu kesalahan dan dosa.


Wallahu a’lam.






ku begini seperti selalu
membilang waktu berlalu
entah berapa lama
tidak ku sedarinya
berapa lama harus menunggu

aku impikan suram cahaya
bertukar cahaya indah
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah jalan kembali..

ku tunggu angin perubahan
barat utara timur selatan
meniti doa malam dan siang
teranyamnya semula ikatan

sayang semua bagaikan mimpi
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini engkau di sana
sayup jauh terpisah

entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu

air mata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu
menghiris kalbu

dan terlalu menyayangi
di akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segala pada Tuhan

masih lagi seperti selalu
membilang waktu berlalu
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah agar kembali..

-Hamba ALLAH-




Puisi ini dipetik dari blog penulis jemputan Adibah Abdullah yang merupakan pelajar perubatan di University of Manchester

Apa yang diungkapkan di media-media masa, bahwa lembaga tinggi Islam di Al-Quds telah mewanti-wantikan akan perbuatan Israel, yang melakukan penggalian di bawah Masjid al-Aqsha yang telah mengancam keutuhan masjid tersebut.


Padahal, Israel semenjak lama sudah membangun apa yang mereka sebut sebagai Haikal ketiga dibawah Masjid itu. Bahkan secara khusus, semenjak tujuh tahun yang lalu, mereka telah membangun sejumlah ruangan di bawah Masjid, dengan membuat beberapa ruangan untuk menampilkan historis Israel. Inilah sebenarnya yang menyebabkan bangunan di sekitar situ akan roboh.


Juru bicara rakyat Arab meminta dukungan masyarakat, baik dari kalangan Arab ataupun Islam untuk menghadapi proyek Israel yang mengancam keberadaan Masjid Israel. Dan ternyata teriakan bangsa Palestina ini mengenai lembah yang tandus, para pemimpin Arab bahkan menyepakati proyek KTT Beirut pada tahun 2002 tentang rekonsiliasi Israel serta pengakuanya terhadap (entitas Israel), walaupun mereka tidak menarik diri dari wilayah jajahanya.


Masih menurut media, menteri pertahanan Israel telah memerintahkan untuk membangun dua pagar di sekitar al-Quds agar mereka bisa terhindar dari keputusan Mahkamah Internasional yang menangani masalah al-Quds untuk kepentingan rakyat Palestina. Sementara itu, Israel sudah menentukan tanggal penyerangan Masjid al-AQsha setelah November 2005 kemarin dan untuk membangun Haikal ketiga yang mereka klaim. Mereka tidak tahu bahwa intifadhah kedua telah mengobarkan peperangan antara kaum muslimin dengan Israel, ketika Areil Sharon memasuki memasuki Masjid al-AQsha pada penghujung September 2000 yang dikawal ribuan serdadu Israel. Bangsa Zionis itu telah memperbaharui janji mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsha yang sempat tertunda dengan beberapa sebab, diantaranya,


1. Keputusan dewan Knesset yang menjadikan kota al-Quds sebagai ibu kota Abadi Israel

2. Dukungan Amerika terhadap Israel, dengan memindahkan kedubesnya dari Tel Aviv ke Al-Quds.

3. Dukungan Gedung Putih terhadap Israel terhadap semua reolusi internasional.

4. Penundaan keputusan perbatasan al-Quds oleh George Bush hingga tahun 2006 dan sudah dua tahun berlalu 2008 belum ada keputusan apapun.


Demikianlah, permintaan bangsa Palestina terhadap para pemimpin Arab dan kaum muslimin berlalu dengan sia-sia. Tetapi pada saat yang sama masyarakat Arab dan Islam telah menunaikan kewajibannya yang merupakan bagian yang pokok yaitu mendukung intifadhah al-Aqsha.


Dari sisi akar masalah, keputusan menhan Israel, Shaol Movaz adalah membangun tembok al-Quds agar menjadi proyek percontohan bagi undang-undang “aparthead” rasialis antara satu ras, pemilik tanah dengan ras lain yang tidak memiliki hak sedikitpun atas tanah itu. Keputusan ini juga telah memecah belah komunitas bangsa Palestina di al-Quds. Dengan tindakan ini, seorang warga terpisah dari saudaranya, sambil menunggu berdirinya negara Palestina dibawah bayang-bayang Israel dan Amerika Serikat yang mengklaim bahwa penghancuran wilayah Palestina serta pemisahan satu keluarga dengan lainnya, berdasarkan hukum dan sesuai dengan undang-undang internasional. Padahal hukum tersebut juga menjamin hak-hak bangsa Palestina untuk memberikan perlawanan terhadap kaum penjajah Israel.


Dari sini, diamnya bangsa muslim atas kejahatan ini, tidak tergambar sama sekali (tidak bisa diterima). Kalaulah mereka bersikap di depan para pemimpinnya dengan sikap yang keras, sebanding dengan kejahatan Israel mengisolir wilayah Palestina serta melakukan proyek yahudisasi di wilayah itu, maka pemerintah Israel tidak akan memperlakukan warga al-Quds seperti ini, walau mereka berada di dalam wilayah Israel secara ilegal. Tidak akan ada undang-undang “pemilikan harta yang ditinggalkan pemiliknya” yang dengannya Israel berhasil merampas hak bangsa Palestina secara ilegal dan memungkinkan bagi mereka untuk mengusir warga Palestina dari rumah-rumah milik mereka.


Kejahatan Movaz yang telah merampok 800 km2 wilayah Palestina atau 10% dari tanah Palestina di Tepi Barat. Terakhir pemerintah Israel engidzinkan Fath untuk melakukan kampanye politik di wilayah itu dengan beberapa syarat tertentu.


Sekarang ini, Movaz sangat takut jumlah bangsa Arab di wilayah Israel semakin bertambah bahkan hingga 80 %nya. Diperkirakan pada tahun 2025, dua juta warga Palestina akan berhadapan dengan 1.200.000 warga Israel. Jumlah keluarga Palestina rata-rata terdiri dari 5,2 jiwa per keluarga, sementara keluarga Israel rata-rata terdiri dari 3,1 jiwa per keluarga. Dilihat dari rata-rata usia warga Palestina umumnya terdiri dari para pemuda. Jumlah anak-anak dibawah 14 tahun, mencapai 43,1 %. kira-kira 463.000 anak. 217.000 diantaranya sekarng tinggal di al-Quds.


Jika tindakan pencegahan Movaz ini jadi dilakukan, bukankah tahun 2025 sangat dekat waktunya menurut pandangannya ??


Diambil dari makalah DR. Haitsam al-Kailani pada harian Uni Emirat Arab tanggal 22/1/2006 (pi/asy)


Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..