Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu
itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan
I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu'alam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH.. Dan Engkau akan merasakan Erti bercinta yg sebenar Insya ALLAH!!

*Ar-Rijal : Lelaki
*An-Nisa' : Perempuan

teman_sejati
temanmu yg sebenarnya
ialah orang yang ada bersamamu
dan orang yang menyusahkan dirinya
supaya ia bermanfaat kepadamu
di waktu membimbangkan
ia berkata terus terang kepadamu
dia pecah berantakan
supaya kamu terkumpul selalu

:: puisi indah - 'Ali karamallahu wajhah :


1) Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.

2) Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kedegilan.

3) Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4) Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda
setara dengan kritikan tersebut.

5) Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7) Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11) Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.

12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13) Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak dari orang lain.

14) Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15) Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17) Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapat kemudahan.

18) Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

19) Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20) Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!

21) Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.

22) Adz-Zariyat:22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu”.

23) Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24) Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25) Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26) Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27) Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28) Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

29) Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan
menimpa pihak lawan.

30) Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.


- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Dari Abu Hurairah Rodhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam hijrah bersama istrinya Sarah. Beliau lalu tinggal di sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja di antara para raja zhalim, atau oleh seorang penguasa sombong di antara para penguasa sombong.

Maka seseorang melaporkan kepada sang raja tentang kedatangan Ibrahim itu, bahwa Ibrahim datang bersama seorang wanita yang sangat cantik! Kemudian raja mengirim utusan kepada Ibrahim untuk menanyakan, ‘Hai, Ibrahim! Siapakah wanita yang bersamamu? Ibrahim menjawab, ‘Saudara perem­puanku!’

Kemudian Ibrahim menemui Sarah dan berkata, ‘Janganlah engkau sangkal apa yang telah aku bicarakan kepadanya, karena aku mengatakan kepada mereka bahwa engkau adalah saudara perempuanku. Demi Allah! Tidak ada orang yang mukmin di muka bumi ini selain aku dan engkau.’

Maka Sarah dikirim ke hadapan raja tersebut. Raja pun berdiri untuk menemui Sarah dan Sarah berdiri pula untuk mengambil wudhu, lalu shalat dan berdoa, ‘Ya Allah! Jika seki­ranya aku beriman kepadaMu dan juga kepada rasulMu, dan aku benar-benar memelihara kehormatanku kecuali untuk suamiku, maka janganlah Engkau paksakan si kafir itu menguasai diriku.’ Seketika itu raja merasa tercekik hingga menghentak- hentakkan kaki.

Ketika itu Sarah berdoa pula, ‘Ya Allah! Andaikata raja ini mati, tentu orang akan menuduh bahwa perempuan itulah yang membunuhnya.

Raja itu sembuh lalu bangkit mendekati Sarah. Sarah pun mengambil wudhu, shalat dan berdo’a. Dia bermohon, ‘Ya Allah! Aku beriman kepadaMu dan kepada RasulMu. Dan kupelihara kehormatanku kecuali kepada suamiku. Maka janganlah Engkau paksakan si kafir ini menguasaiku.’ Raja pun merasa tercekik lagi hingga menghentak-hentakkan kakinya.

Sarah berkata, ‘Ya, Allah! Andaikata raja ini mati, tentu orang akan menuduh bahwa perempuan itulah yang membunuhnya.’

Sarah dikirim menghadap Raja itu yang kedua atau ketiga kalinya.

Akhirnya sang raja berkata, ‘Demi Allah! Pasti yang kalian kirim kepadaku adalah setan, kembalikan saja dia kepada Ibrahim, dan beri dia seorang hamba sahaya bernama Ajar (Ajar adalah dari bahasa Suryani yang berarti Hajar)’

Sarahpun dikembalikan ke pangkuan Ibrahim ‘Alaihissalam, dia berkata, ‘Tahukah tuan, bahwa Allah telah menghinakan orang kafir, dan menghadiahi kita seorang budak perempuan’ (HR. Al-Bukhari, 2217 dengan redaksi berbeda terdapat pada no. 3358; Muslim, 2371)

Ibrah atau pelajaran yang dipetik:

  • Anjuran untuk menjalin ukhuwwah (tali persaudaraan) dalam agama Islam.

  • Diperbolehkan memberi jawapan yang samar jika khawatir terhadap keselamatan dirinya.

  • Diperbolehkan mendatangi seorang pemimpin yang zhalim.

  • Diperbolehkan menerima hadiah dari seorang musyrik.

  • Doa diijabah karena keikhlasan hati dalam niat.

  • Cobaan yang diberikan kepada mukmin yang shalih adalah untuk mengangkat derajat mereka.

  • Hendaknya orang yang diberi cobaan yang sangat berat bersegera melakukan shalat.

  • Wudhu sudah menjadi syariat umat sebelum Nabi Muhammad.

Kita bertanya kepada diri kita sendiri, berapa banyakkah perinta ALLAH yang telah kita kerjakan…..? Ambil saje contoh sembayang. Buka sembayang sunat tapi fardhu. Apakah sudah diyakini bahawa sembayang yang difardhukan keatas kita, semasa hidup usia sekadar ini,telah sempurna semuanya…..? Jika jawapannya belum sempurna, maka apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Ingat!!!!! Satu fardhu sembayang jika ditinggalkan, maka namanya akan dicatat oleh ALLAH di pintu neraka, sebagai ahli neraka. Demikianlah maksud sebuah hadist.

Dan ingat! andainya seseorang itu, di akhirat kelak, sembayangnya tidak sempurna, tidak cukup, tidak beres, ada yang ditinggalkan, maka semua amalan yang lainnya tidak akan dikira oleh ALLAH subhanahu wata'ala, demikian faham daripada sebuah hadist Rasulullah s.a.w.

"Sembayang itu tiang agama, siapa yang meninggalkan sembayang, maka dia itu meruntuhkan agamanya". Begitulah maksud daripada sebuah hadist Rasulullah s.a.w.

Bahkan di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa orang yang meninggalkan sembayang dengan sebab PERNIAGAANnya maka orang itu akan masuk neraka bersama-sama dengan Ubai bin Khalif. Orang yang meninggalkan sembayangnya dengan sebab KEKAYAANnya, maka dia akan masuk neraka bursama-sama dengan Qarun orang yang meninggalkan sembayangnya dengan sebab PEKERJAAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ke atasnya, maka masuklah dia neraka bersama-sama dengan Haman iaitu menteri kepada Fir'aun. Dan orang meninggalkan sembayangnya dengan sebab urusan KERAJAANnya, maka masuklah neraka bersama-sama dengan Fir'aun.

Begitu sekali beratnya azab kepada mereka yang lalai dan cuai pada menunaikan perintah sembayang itu. Oleh kerana itu awasilah hidup kita sejak melangkah masuk dewasa dan baligh. Umur ysng baligh adalah umur yang sudah termasuk kira sebagai seorang yang telah dipertanggungjawabkan hokum-hukum syari'a keatasnya. Marilah kita sama-samalah melaksanakan dengan sepenuh hati amanat kita terhadap agama yang tersayang dan termulia ini. Sama-samalah kita menghayatinya sehingga nyawa terlekat dalam badan kita…

Wallahu 'alam..

اخوكوم...

Assalamualaikum ya ikhwani wa akhowati.....,

ana harap antum semua sihat belaka.......
kali ni ana akan membincangkan ttg patutke agama2 selain islam perlu menyembah tuhan2 'PALSU'.

ana akan mengambil beberapa dalil daripada kitab2 hindu & kristian sebagai hujahan disini I
nsyaALLAH.....

Firman ALLAH S.W.T dalam surah ke-7 iaitu Al-A'raf ayat ke-197 yg brmaksud

"Dan berhala-berhala yang kamu seru selain ALLAH tidak sanggup menolongmu, bahkan
tidak dapat menolong dirinya sendiri."

ini bermaksud MEMANG berhala-hala 'itu' xdapat menolong manusia, ia pn bergantung kepada manusia supaya diberikan bentuk ( menciptanya ) Selain 2 Firman ALLAH dlm surah ke-13
( Ar-Ra'd ) yg brmaksud

"Hanya kepada ALLAH doa' yang benar. Berhala-berhala yang mereka semba selain ALLAH
tidak dapat mengabulkan apa pun bagi mereka, tidak ubahnya seperti orang yang
membukakankedua telapak tangannya kedalam air agar ( air ) sampai ke mulutnya.
Padahal air itu takkan sampai ke mulutnya. Dan doa' orang-orang kafir, hanyalah sia-sia."

ALLAH memberikan umpama air tersebut supaya orang yang membacanya dapat memahaminya dgn cepat. Kerana benda seperti tersebut mmg mustahil nk terjadi. Begirtulah doa'2 org kafir.......

Jika kta mengambil ayat ni sebagai hujah kepada org bukan Islam mereka takkan menerima realitinya. Oleh 2 disini ana mengambil satu dalil daripada salah satu kitab2 agama hindu.
Kitab yang ana pilih disini adalah Bagavad Gita. Kitab ni popular dikalangan org2 beragama hindu. Ana mengambil dalil ni daripada kitab hindu bertajuk "BHAGAVAD-GITA AS IT IS" Second Edition,dengan terjemaannya dalam bhs Inggeris oleh A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada bab yg ke-VII ayat ke-20, iaitu berbunyi

'kamis tais tair hrta-jnanah prapadyante 'nya-devatah tam tam niyamam asthaya prakrtya
niyatah svaya'

yg bermaksud : Those whose intelligence has been stolen by material desires surender unto demigods and follow the pasticular rules and regulation of worship according to their own natures

Mantra ( ayat ) ni mengatakan kepintaran seseorg yg tertunduk kepada keinginan kebendaan iaitu seperti penyembahan denda seperti yg memiliki sifat2 mereka ( contoh berbentuk manusia, haiwan, pokok dsb..... ), mereka hanyalah menyembah tuhan2 palsu. Selain daripada mantra ni terdapat banyak lagi mantra dalam kita Veda2 tentang tuhan2 'PALSU' seperti ni.

Dalam kitab kristian ( Bible ) jge ada ayat yg melarang umat daripada penyembahan2 seperti diatas. Contoknya dalam OLD TESTAMENT buku bertajuk Exodus bab ke-20 ayat ke-4 yang berbunyi:

'But those whose minds are distorted to other gods, observing various rites,
constrained by they own natures'


Ayat yang sama jge berulang dalam buku Deuternomy bab 5 & ayat ke-8.Selain itu, dalam NEW TESTAMENT buku yg bertajuk Mark bab ke-12 ayat ke-29 yg berbunyi:

'Shama Israelu Ila Hayno Adonai Ikhad'

Ayat ni bermaksud "Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord." Ayat ni juga berulang dalam banyak buku dalam bible ni seperti buku Deuteronomy 6 : 4 dll..........

Setakat ni sajelah buat masa ni.bila dah habis kajian ttg dalil2 kedatangan Nabi Muhammad s.a.w InsyaALLAH ana akan post. Ana mnta tolong antum semua supaya doakan ana agar mendapat banyak dalam kajian ana ni InsyaALLAH & seterusnya berjaya tujuan ana sampai bumi anbiya' ini.....



Wallahu'alam

Akhukum......

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..