Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.


Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.


JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.


Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya,
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunnahnya,
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN,
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA,
MALUlah kamu kerana melupakan UKHUWWAH,
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu..


Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar...!!!

NIKMAT.........NIKMAT.........NIKMAT..............


Inilah perkataan yang selalu kita dengar.. Kita masuk masjid, masuk kuliah, baca kitab, layari Internet sentiasa mendengar dan membaca perkataan ini... Apakah itu sebenarnya nikmat..!?

Kata Saidina Ali r.a:

Diantara tanda kecintaan Allah lagi DIA menurunkan ke bumi ini hanya satu rahmat sahaja daripada 100 rahmatNya dan baki 99 rahmat berada disisiNya. Dengan satu rahmat inilah kesemua makhlukNya dapat merasainya. Pada hari kiamat nanti Allah akan menghimpunkan kembali satu rahmat ini kepada 99 rahmatNya lalu 100 rahmat ini Allah akan berikan kepada hamba-hambaNya pada hari itu. Dikatakan sehinggakan Iblis pada hari itu rasa tercengang-cengang tidak dapat rahmat Allah sekalipun rahmat Allah terlalu banyak.

Wahai sahabat sekalian,

Ingatlah bahawa setiap pemberian itu rahmat daripada ALLAH s.w.t. untuk kita sentiasa bertaubat, bersyukur dan kembali kepadaNYA..Tetapi apa yang kita lakukan....!!!???

Betapa banyak dosa yang kita lakukan..? Betapa banyak maksiat...betapa banyak kesalahan...

Tetapi ALLAH masih lagi menyayangi hamba-hambaNYA yang hina ni...lagi banyak nikmat dan rahmatNYA keatas kita...sampai nak buat perbandingan dengan kasih sayang ibu kita sendiri pun tak mampu nak kita bandingkan....

Ana teringat kepada suatu kisah semasa hidupnya Rasulullah s.a.w bersama para sahabat baginda:


Suatu ketika Nabi saw memperhatikan seorang wanita sedang memeluk anaknya untuk melindunginya daripada terkena panas matahari , lalu Nabi bertanya kepada para
sahabat :"Adakah kamu rasa bahawa ibu itu akan membiarkan anaknya berada dalam kepanasan matahari? Para sahabat menjawab : Tidak wahai Rasulullah , lalu Nabi bersabda : Sesungguhnya ALLAH lebih Penyayang daripada ibu itu yang menyayangi anaknya.

Saidina 'Ali r.a ketika mendengar hadis ini beliau berkata :

"Pada hari kiamat jika ditanya kepada aku adakah engkau mahu bahawa segala hisab amalan engkau dihitung oleh ibu dan bapa engkau niscaya aku akan menjawab tidak mahu kerana ALLAH lebih Pengasih daripada ibubapaku".

Jikalau kita mengira nikmat dan rahmatnya tidak habis dikira.....

Firman ALLAH:

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Mhaperkasa, Mahabijaksana.

Oleh itu, ana 'mengajar' diri ini dan mengajak ikhwah semua supaya kita sentiasa bersyukur keatas nikmatNYA dan taqarrub kepadaNYA...

Dan marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri sebelum mengajak yang lain...

Wallahu 'alam..

Assalamualaikum ana ucapkan kepada antum semua supaya rahmat-NYA melimpah keatas
antum semua setiap hari. InsyaALLAH...
Kali ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentang Jihad. Bila orang beritahu je perkataan "Jihad" ada orang ingat jihat itu adalah perlawan yang dasyat. Contohnya peristiwa2 peperangan yang disertai oleh 'Kekasih' kita semua Muhammad s.a.w, para sahabat baginda dan orang2 mukmin pada masa dahulu.
Mari kita bincang sedikit sebanyak tentang jihat ini...
Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.
Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran.
Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.
PELAKSANAAN JIHAD
Pelaksanaan jihad dapat dirumuskan sebagai berikut:

Pada konteks diri peribadi - berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Komuniti - Berusaha agar Din pada masyarakat sekitar mahupun keluarga tetap tegak dengan dakwah dan membersihkan mereka dari kemusyrikan.
Kedaulatan - Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Jihad ini hanya berlaku pada negara yang menggunakan Din Islam secara menyeluruh (Kaffah).
JIHAD DAN PERANG
Istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad.
Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan
JIHAD DAN KEGANASAN
Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad; Jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya.
Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".(QS 4:75)
Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti Sunnah Rasul tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk penegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul, kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi.
Mereka yang diserang berhak berjihad untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.
Antum semua lebih mengetahui erti sebenar JIHAD ini. Maka 'pelihara'lah jihad itu dengan sebaik-baiknya dan laksanakanlah jihad itu. Mulailah dengan diri atum sendiri sebelum ajak orang lain. Orang lain tidak akan mengikuti kita dengan apa yang kita ucapkan sebaliknya masyarakat akan 'melihat' pada amal kelakuan kita.marilah kita sama2 menegur diri kita sendiri dan memperbetulkannya sebelum orang lain (terutamanya orang kafir) tersalah faham pada agama Islam yang suci lagi terpuji ini..
Innaddina 'indALLAHil Islam..... Wallahu 'alam....

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..