Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.






Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Sumber: http://www.syahirul.com

Bismilllahirrahmanirrahim....

Tudung labuh. Ada apa dengan dua perkataan ini? Kisah tudung labuh ini tidaklah cukup popular untuk digembar-gemburkan di media massa. Namun ada ketikanya a juga mampu mengundang pelbagai spekulasi malah juga mampu mencetuskan kontroversi. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota yang indah dari pandangan yang bukan muhrim. Tapi apabila tudung labuh sudah dianggap sebagai satu identiti bagi ektremis islam, dan ramai yang menggunakan tudung labuh sebagai pelindung.


Namun sayang, bukan untuk melindungi aurat, tapi digunakan untuk melindungi perut yang sudah buncit hasil perbuatan terlarang lagi dikutuk. Natijahnya pandangan terhadap yang bertudung labuh ini tercalar. Atas wasilah ini saya terpanggil untuk membicarakan kisah tudung labuh pada artikel kali ini. Bukan mahu menjadi srikandi membersihkan nama ‘tudung labuh’ ini yang telah tercalar. Tapi sekadar mahu berkongsi sebuah kisah tentang tudung labuh yang sempat mengambil tempat dalam hidup saya.

Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh.



Jika di institusi pengajian tinggi pula, golongan yang bertudung labuh akan turut dikaitkan dengan usrah. Apabila ada yang mahu ber hijrah dari bertudung biasa kepada bertudung labuh, ia akan menjadi satu perkara yang penuh dilema. Kerana pandangan orang sekeliling yang perlu dhadapi. Cuma yang benar-benar berazam sahaja mampu melakukan revolusi ini. Ataupun mereka yang memang sejak dari sekolah menengah lagi memang sudah bertudung labuh. Tapi ironinya, bagi mereka yang bertudung biasa, apabila mahu bertukar ke selendang mahupun tudung ariani, kisahnya tidak akan jadi sesukar mereka yang mahu berpindah kepada tudung labuh. Malah ramai yang akan menyokong mereka dengan memuji mereka k elihatan lebih bergaya.


Saya mengenali seseorang yang bertudung labuh. Dia bukan lah seorang yang pernah bersekolah di sekolah agama. Malah dia juga bukanlah lahir dalam persekitaran yang mendorongnya untuk bertudung labuh. Dia juga pernah melalui zaman ‘free hair’ yakni tidak memakai tudung,kemudian dia berubah kepada memakai tudung biasa. Yang adakalanya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Pendek dan tidak menutup dada.,Kemudian dengan hidayah ALLAH, dia berubah kepada tudung labuh. Sedikit demi sedikit dia membeli tudung labuh, merubah cara dia bertudung. Semua dia lakukan sendiri. Walaupun ibunya sendiri adakalanya memperli, dia pekakkan telinga. Dia terus tabah dalam perubahannya. Alhamdulillah sehingga detik ini, sudah hampir 3 tahun dia bertudung labuh. Dan saya berkesempatan bertanya pad anya beberapa soalan.




“Kenapa kau pakai tudung labuh eh?”

“Dulu masa aku kat intensif, ade roommate aku pakai tudung labuh.

Tengok dia pakai macam cantik dan sejuk mata aku tengok . Lagipun aku suka tengok orang yang bertudung labuh. Lebih-lebih lagi budak sekolah agama. Walaupun ada antaranya yang tidaklah cantik, tapi ada seri kat wajah diorang. Bersih dan diorang nampak terpelihara. Mungkin sinar iman kot.” Dia ketawa pada hujung jawapannya.

“Kalau orang yang tak pakai tudung tak cantik ke?” Saya ber

tanya lagi.

“Urm, ada juga yang cantik. Ramai kot. Tapi mereka sekadar cantik. Pada pandangan aku, walaupun memang diorang cantik, tapi tiada seri. And it same goes to yang bertudung tapi jarang, singkat atau kedua-duanya sekali.” Jujur dia menjawab.

“Apa pandangan kau pada pemakaian tudung labuh?”

“Susah soalan kau ni. Aku jawab mengikut baai aku eh.”

“Boleh-boleh. Tak jadi masalah. Teruskan.” Saya memberi kebenaran.

“Pada aku, dengan bertudung labuh ni. Menunjukkan kesungguhan kita dalam menutup aurat. Berusaha semampunya mematuhi firman ALLAH untuk melabuhkan tudung menutupi dada. Dan kebanyakan tudung labuh ini adalah tidak jarang. Jadi, insyaALLAH masalah jarang takkan timbul. Kecuali tudung puth, jadi bla nak beli tudung putih kena lebih berhati-hati. Dari segi emosi pulak, dengan bertudung labuh ni aku rasa lebih dilindungi. Wanita telah diciptakan ALLAH sebagai tarikan untuk lelaki. Bila aku ten gok ada yang bertudung, tapi tidak menutupi dada sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi, aku jadi sedih. Kasihan memikirkan suami dia nanti, apa yang istimewanya kalau sekarang semua orang boleh nampak apa yang patutnya dilindungi. Dan dia juga membuka satu jalan buat syaitan sebab lelaki sangat mudah terangsang walaupun dengan perkara-perkara yang remeh.” Terluah apa yang mahu dia sampaikan

“Jadi yang berselendang dan bertudung biasa ni tak bersungguh-sungguh ke dalam menutup aurat?” Saya cuba membuat provokasi.

“Bukan hak aku untuk menilai. Cuma kalau sudah berselendang pendek, yang jarang dan nampak tengkuk malahan telinga, di mana kesungguhannya? Padahal semua ni perlu ditutupi. Mungkin dalam fikiran mereka tertimbul sat u pendirian, xpela asalkan aku bertudung. Di situlah aku nampak kurangnya kesungguhan mereka. Tapi aku taklah generalize semua yang be rselendang dan bertudung biasa ni tiada kesungguhan. Mungkin ada yang baru mahu memulakan pemakaian tudung. Semoga mereka bertemu dengan cara yang betul dan ikhlas dalam bertudung. Tidak tersasar dari tujuan yang satu, iaitu menutup aurat.”



“Habis tu semua orang kena pakai tudung labuh la eh?” Saya meminta kepastian.

“Di situlah silapnya. Semua orang fikir perlu bertudung labuh. Dan bila sebut tudung labuh, timbullah segala gambaran stereotype tentang tudung labuh. Padahal bukan memakai tudung labuh yang menjadi tun tutan.” Dia cuba berkias.

“Habis tu apa?” S aya jadi kurang mengerti.

“Melabuhkan tudun g itu yang penting. Bila sebut melabuhkan, pastinya tujuan adalah untuk menutupi. Jadi k ain yang digunakan mestilah tidak jarang. Tak kisahlah bagi yang berselendang lilit-lilit pun, carilah selen dang yang panjang dan tak jarang. Lilitlah dengan penuh kreatif agar ia labuh dan menutupi dada. Bagi yang bertudung biasa, carilah yang sesuai dengan saiz anda, jang anla si tubuh besar memakai saiz yang terlalu kecil. Dan janganlah silangkan tudung tu sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi. Itu yang penting. Melabuhkan tudung tak kira jenis tudung apa yang dipakai. Dan di sinilah kelebihan tudung labuh. Sebab antara semua, tudung labuh adalah pilihan paling bernas dan efektif.” Dia berhenti di situ dan mengakhiri mesejnya dengan senyuman.

Efektif. Hurm satu perkataan menarik yang membuat saya berfikir. Banyak maksud yang tersi rat dalam perkataan ‘efektif’ ni...




sumberhttp:http://azzariyat.com

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..