PENDAPATAN LUMAYAN = 27 KALI GANDA PAHALA 5x SEHARI
ELAUN PERJALANAN = 1 LANGKAH KE MASJID/SURAU = 1 PAHALA DAN
TERHAPUS 1 DOSA
BONUS MINGGUAN/
BULANAN = KHUTBAH JUMAAT, KULIAH SUBUH DAN KULIAH
MAGHRIB
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3). Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar. Hikmah dirahsiakan kehadirannya Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan. Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan. Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri. Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Fokus umat pada malam tersebut Menghayati malam tersebut dengan ibadah. Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr! Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Fadilat Lailatul Qadr Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) : Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail. Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda : (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341). (sumber yang sama - 6342)."
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?
Apakah ada nas mengenainya?
Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.
KALAM MUTIARA...
1) Tanda CINTA kpd Allah ialah mncintai AlQuran.Tnda Cinta kpd Allah dan AlQuran ialah mcinta Nabi S.A.W.Tanda cinta kpd Nabi S.A.W ialah mcintai Sunnah.Tanda cinta kpd Sunnah ialah mcintai Akhirat.Tanda cinta pd akhirat ialah memarahi Dunia & tanda memarahi dunia ialah tdk akan mngambil dr dunia selain perbekalan dan brg2 yg memadai utk Akhirat..." (SAHL B. Abdullah At-Tusturi RH.A)
2) Persahabatan Umpama Al-Quran,Semakin Seseorang Suke Padanya,Semakin Ikhlas Dia Membacanya.Semakin Gembira Dia Mendekatinya, Semakin Tenang Dia Untuk Memahaminya, Semakin Cinta Dia Kepadanya, Semakin Setia Dia Menghafaznya Dan Semakin Itulah Al-Quran Itu Terlekat Di Hatinya Sampai Bila2..
3) Kesedihan itu ibarat tangan sutera yang mencengkam jiwa dan melukainya dengan kesunyian,kesunyian pula ibarat gerombolan dukacita yang menemani jiwa lara..
4) kata2 Fathi Yakan: Daie hndklh insaf bhw pengisian hatinya hndklh lbh diutmakan dr sgla2nya.kalau jasad dan 'aqal dbri hbuan dan ubtan utk bfungsi dgn smpurna,maka dmikian jg hati.Ia ptut mningkatkan dan mjga hatinya,dgn hati inilah ia mjd daie,ia mjadi mukmin sbnr,dgn hati ini jg ia blh mjdi rabbani...
5) Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan.
6) Allah swt Maha Mengetahui Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Surah Luqman(34) Wahai saudariku yg muslimah yg berada di jalan jihad.Saudari pula memainkan peranan yg penting di dlm bidang jihad.Peranan saudari bermula dari rumah tangga,iaitu dengan mentarbiahkan generasi2,membesarkan mereka dan menyiapkan mereka utk berjihad.
KATA2 NI SEBAGAI TAZKIRAH KEPADA KITA SEMUA INSYAALLAH........
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
1 Yahudi 100 Islam
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Copyright 2009 - Dakwah itu Amanah yang INDAH
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.