@*@ Lisan kadang tak terjaga.
*@* Janji kadang tak tertunai.
^*^ Hati kadang berprasangka.
*^* Sikap kadang menyakitkan.

Hidup ini menjadi indah jika masih ada maaf diantara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Mohon maaf Zahir & Batin

kerana banyak hak xterlaksana..

Semoga UKHUWWAH sentiasa kukuh

Dijemput kepada semua untuk memeriahkan
Sambutan Aidilfitri ISMA-Mesir 2009,
pada 5 Syawal/24 September 2009
bertempat di Rumah Anak Negeri Johor Raba'ah,
bermula jam 10 pg-3 ptg...
untuk peta lokasi boleh rujuk pada gambar yg dilinkkan...
jumpa di sana!!!
(Insyaallah kump. Fetya akan membuat persembahan nasyid)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal"


Itulah firman yang Maha Esa dalam kitab-NYA yang mulia. Kita percaya kesemua yang benda terdapat di bumi dan langit serta diantara kedua-duanya adalah milik ALLAH s.w.t dan DIAlah yang berkuasa keatas segalanya. Kepercayaan inilah yang mengangkat martabat kita sebagai hamba-NYA yang beriman.

Kita sedia mengetahui bahawa sesiapa yang sentissa menghayati alam sekitar akan mengakui kewujudan Sang Pencipta Agung.

Di dalam kitab Tafsir Quran al-Azim (jil 1, m/s 58), Ibnu Kathir berkata,

"Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung-ganang yang terpancang diatasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana."

Tetapi sejauh manakah kita menghayati ciptaan ALLAH itu...??


Sejauh mana kerapatan kita kepada Pencipta Agung tersebut....?

Adakah kita pun seperti orang yang berkata beriman tetapi mata kita tidak menghayati ciptaan langit dan bumi....?

Marilah kita sama-sama menghayati ciptaan ALLAH s.w.t. dan tergolong dalam golongan ulul albab...yang sentiasa mentadabur al-Quran dan menghayati alam ni...

ALLAHumma ij'alma minalazina yasma'una qoula wa yattabi'una ahsanah...

ALLAHumma ballighna jannataka Firdausil a'ala... Ameen...........



Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..