Sudah lama saya cari jawapan bagi soalan ini... Soalan ini terlalu runsing bagi diri yang serba lemah dosa ini untuk menjawab soalan ini walaupun saya memahami Islam itu sendiri... Saya pun mula search dalam internet........


Akhirnya saya dapat memberi sedikit kesimpulan atau pun serba sedikit penyelesaian bagi soalan ini....


Saya secara kasarnya meletakkan soalan


Apakah yang dimaksudkan dalam Hadis "Setiap anak dilahirkan suci bersih...."?


Jawapan yang saya dapati ialah seperti berikut...:


Maksud hadis setiap anak dilahirkan suci bersih ialah ia dilahirkan dalam keadaan fitrah semula jadinya bersih dan belum ternoda oleh mana-mana unsur dosa. Dengan lain perkataan fitrah semulajadi seorang bayi adalah Islam. Fitrah ini akan berubah mengikut pengaruh ibu-bapa dan persekitaran. Jika ibu bapanya ingin membawa kepada jalan kesesatan maka kesucian atau fitrah keIslamannya telah ternoda oleh ibu bapanya tersebut.


Manusia pada fitrahnya hanif, yang mengandungi erti rindu terhadap mengingat Allah SWT. Manusia pada kejadiannya yang azali rindu kepada kesucian, kemuliaan dan keagungan serta cenderung kepada kebaikan, keindahan, kebenaran dan keadilan.


"Setiap anak dilahirkan suci bersih..", ertinya setiap anak dilahirkan dengan bekal fitrah Islamiyah. Itulah sebabnya agama Islam disebut juga dengan agama fitrah kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah atau asal kejadian manusia. Dalam Al Quran, Allah SWT berfirman maksudnya:


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan hanif atau lurus kepada agama ciptaan Allah, yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Surah Ar Ruum ayat 30)


Datangnya agama Islam adalah membenarkan apa yang menjadi kehendak fitrah yang suci dan selamat. Akal dan hati manusia dapat menilai sendiri tentang wujudnya Allah yang Maha Pencipta. Begitu juga di dalam Al Quran banyak disebut tentang Allah SWT.


Kadang kala manusia beranggapan bahawa kalau tauhid (meng-Esakan Allah) itu merupakan suatu fitah atau semulajadi, maka manusia tentu tidak berbeda aqidah dan kepercayaannya dan tidak berbeda pula Tuhan mereka. Tetapi kenyataannya mengapa manusia mempunyai pendapat yang berbeza dan beraneka ragam sehingga tidak ada kesamaan dalam menentukan Tuhan mereka.


Tentang masalah ini dapat dijelaskan bahawa timbulnya sangkaan seperti itu adalah kerana watak manusia itu cenderung berpegang dengan sesuatu yang ditangkap oleh indera mereka. Kemudian mengingkari perkara-perkara yang tidak ada gambaran dalam hatinya serta tidak ada batasan yang membatasinya. Contoh kisah ini sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Quran:


"Ahli Kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu. Mereka berkata: "Tunjukkanlah Allah kepada kami dengan nyata". Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya dan mereka menyembah anak sapi, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami (Allah) maafkan mereka dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata".
(Surah An Nisa' ayat 153)


Adanya akal fikiran itu tidak mampu menemukan kebenaran, mengetahui secara menyeluruh. Maka sungguh mengharirankan bila orang yang berakal sihat menggunakan perkara itu sebagai dalil meniadakan sesuatu. Umat terdahulu banyak dicontohkan Allah sebagai umat yang sesat dari jalan yang lurus, mereka memiliki hati yang keras dan banyak melanggar perintah Allah SWT.


Ajaran yang dibawa agama Islam adalah tentang iman kepada Allah dan meng-EsakanNya serta menghindarkan diri daripada menyekutukan-Nya. Semua itu merupakan suatu jalan yang sesuai dengan fitrah manusia yang ingin kepada kebenaran. Dan kebenaran yang haq itu hanya dari Allah SWT.



: Insan Di Bawah Cahaya Ilahi



Disini saya membuka peluang kepada semua pembaca blog saya ini untuk sama-sama berkongsi dengan saya tentang soalan saya di atas. Saya tahu bahawa antum lebih 'arif daripada diri ini yang kurang ilmu dalam bidang agama mahupun yang lain.. Marilah sama-sama kita berbincang... Moga amalan ini dicatat oleh ALLAH di "Buku Catatan 'Illiyyin" iaitu buku catatan yang mengandungi segala amalan-amalan baik....


Perkenankanlah ya Robb.... Innaka antal wahhab :)

0 comments:

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..