Ini kisah seorang kenalan baik ana, X (nama samaran) sewaktu zaman persekolahannya.

Sewaktu dia baru memulakan alam persekolahannya, dia hanya menunggang basikal kampung. Ala-ala basikal perempuan. Ada raga di hadapan pemegang basikal tersebut.



Sehinggalah apabila dia naik darjah dua, kawan-kawan mula mengejek.

“Adoi, malunya kau naik basikal perempuan.”

“Kau ni lelaki ke perempuan. Haha.”

Ramai kawan-kawannya pada waktu itu menunggang basikal BMX. Paling tidak pun naik basikal yang tiada raga di hadapan. Dia mula berasa malu dengan basikalnya.

Suatu hari dia pulang ke rumah dan terus meluru ke arah ibunya, “Mama, along tak nak bawa basikal esok. Along malu. Semua kawan ejek along pondan sebab bawa basikal perempuan.”

“Along, basikal tu basikal terpakai. Cukup masa nanti kalau ada duit lebih kita belilah basikal baru. Along pakai dulu ye basikal tu,” Jawab ibunya dengan senyuman.

Husaini menarik muka masam. Esoknya dia diejek lagi, keinginannya mula membara. Dia perlu dapatkan sebuah BMX. Ya, sebuah BMX!



Pulang sahaja dia dari sekolah, dia lihat berpapan-papan petai berlonggok di ruang tamu rumahnya. Ibunya sedang mengikat petai-petai itu menjadi beberapa ikat.


“Along pergi salin baju cepat. Kalau along nak BMX, pergi jual petai ni seringgit seikat,” kata ibunya sebaik sahaja melihat dia pulang ke rumah.

“Jual petai? Malulah along mama,” Jawab Husaini.

“Kalau Along mahukan sesuatu, Along usaha dahulu. Duit tidak akan datang dari langit,” Nasihat ibunya. Didorong dengan keinginan yang kuat untuk memiliki BMX, dia pun pergi menjaja petai.

Dari rumah ke rumah dia menjaja petai-petai tersebut. Mula-mula rasa malu, tetapi selepas beberapa rumah dia menjaja dan petai-petainya dibeli, rasa malunya hilang. Berganti pula dengan rasa seronok. Habis semua petai-petai itu dijual pada petang tersebut.

Esoknya dia pulang ke rumah lagi, kali ini ibunya menyuruh dia menjual pisang goreng pula. Lusa, dia menjual air soya panas pula. Ibunya mengajar dia berniaga sedikit demi sedikit. Selangkah demi selangkah.

Setelah beberapa lama dia menjual petai, air soya, pisang goreng dan macam-macam lagilah, pada suatu petang, alangkah terkejutnya dia bila dia pulang ke rumah, sebuah basikal BMX sudah menanti di depan pintu. Bukan main seronok dia petang tersebut.

Itulah pengalaman pertamanya berniaga. Dari situ dia belajar bahawa bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Bila ada keinginan, perlu ada usaha sendiri dahulu.




***TAMAT***





0 comments:

Selamat Berkenalan

ALLAH Matlamat Utamaku

~ حيّ على الصلاة ~

Jom Solat..

Followers

Perkongsian


Islamic Hijri Calendar

Waktu Al-Quds

Sa'atul Misr

K.L time

TERNAKAN KITA..